Matlamat
Matlamat sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang Kesusasteraan Melayu melalui pemelajaran sejarah, teori, kritikan, dan genre sastera. Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk menyuburkan pertumbuhan dan perkembangan rohani pelajar menerusi penghayatan karya-karya pilihan yang berfungsi sebagai cerminan kehalusan seni, budi, pemikiran, intelek, penyataan rasa, dan budaya bangsa Melayu.
Objektif
Kandungan
(a) Kesusasteraan Melayu Tradisional, dan
(b) Kesusasteraan Melayu Moden Malaysia.
Bilangan waktu pemelajaran yang dinyatakan dalam sukatan pelajaran ini adalah anggaran sahaja.
Calon dikehendaki mengkaji teks-teks kajian yang telah ditetapkan.
Bentuk Peperiksaan
Peperiksaan bagi mata pelajaran ini terdiri daripada dua kertas. Calon dikehendaki mengambil kedua-dua kertas, seperti yang berikut:
(a) Kertas 1: KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL, dan
(b) Kertas 2: KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
Soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan semua tajuk dalam sukatan pelajaran. Soalan-soalan akan menguji kefahaman calon tentang tajuk-tajuk yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran, dan juga konsep serta penghayatan yang perlu dalam kajian Kesusasteraan Melayu.
Kertas 1: Kesusasteraan Melayu Tradisional − 3 jam
Kertas ini terdiri daripada lapan soalan dengan empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Tiap-tiap bahagian mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada setiap bahagian.
Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Bahagian B: Karya Agung
Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional
Bahagian D: Puisi Melayu Tradisional
Kertas 2: Kesusasteraan Melayu Moden − 3 jam
Kertas ini terdiri daripada lapan soalan dengan empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Tiap-tiap bahagian mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada setiap bahagian.
Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera
Bahagian B: Novel dan Cerpen*
Bahagian C: Drama
Bahagian D: Sajak
Nota: * Dua soalan dalam bahagian ini boleh terdiri daripada kombinasi dua soalan tentang novel sahaja, atau dua soalan tentang cerpen sahaja, atau satu soalan tentang novel dan satu soalan tentang cerpen.
Teks Kajian
1. BAHAGIAN KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL
(i) Karya Agung
A. Samad Ahmad (penyelenggara), 2003. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(ii) Prosa Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Tradisional
Majlis Peperiksaan Malaysia (penyelenggara), 2003. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. BAHAGIAN KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
(i) Novel
Keris Mas, 2003. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(ii) Cerpen, Drama, dan Sajak
Majlis Peperiksaan Malaysia (penyelenggara), 2003. Mutiara Sastera Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
NOTA: Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan Sastera. Calon hendaklah merujuk kepada buku-buku yang dinyatakan dalam Senarai Rujukan (sekadar cadangan) mengikut kehendak sukatan pelajaran bagi bahagian ini.
[Maklumat ini dipetik sepenuhnya daripada naskhah Sukatan Pelajaran 922 Kesusasteraan Melayu STPM (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2004)]